Wednesday, December 21, 2016

Tak kisah alone.

Aku tak seperti kawan2 kau yang lain.
Tak mewah,
Tak mampu belikan hadiah,
Tak mampu nak bagi apa2 untuk ulangtahun kelahiran kau.
Tak mampu buat surprise, belikan belon dan kek,
Bawa kau pergi makan sedap2.
Apa yang aku mampu cuma ucapkan selamat hari lahir.

Maaf,
Masa kau ajak keluar, aku tolak.
Bukan sebab aku taknak berkawan,
Tapi aku tak mampu nak keluar.
Duit aku, aku simpan untuk perut aku yang lapar.

Maaf juga,
Aku tak hipster seperti orang lain
Tak suka selfie di semua tempat,
Keluar dari bilik dengan pemakaian selekeh,
Pakai baju lama, outdated, baju sama
Aku tak update fesyen macam orang lain.
Kau pun tahu banyak baju aku sebenarnya baju turun temurun dari yang atas2.

Aku tak macam orang lain yang kau kenal,
Tak reti bersembang.
Apa yang aku tahu menonton cerita2 kat laptop dan main game
Dan hobi aku tidur.
Sebab bila tidur aku tak rasa sunyi ataupun sedih.
Dan kalau aku nangis pun boleh sorok muka bawah bantal.

Aku tahu aku bosan,
Aku tahu aku tak mampu jadi kawan yang baik,
Aku tahu aku tak ada apa2 untuk aku bagi kepada kau,
Aku tahu aku takkan jadi seperti kawan2 kau yang lain,
Yang saling berkongsi gelak tawa dan kemewahan bersama,
Tetapi, aku tahu yang aku akan ringankan tulang aku untuk tolong kau.
Tak kira kalau kau ajak teman pergi klinik masa sakit,
Berjalan dalam hujan untuk beli makanan,
Atau kau cari aku untuk hilangkan kesunyian.

Aku tak kisah.
Aku sedia untuk tolong kau.
Kau boleh berpaling dan cari aku bila kau susah,
Dan pergi bila kau senang.

Sebab itu ialah diri aku,
Orang yang dicari semasa susah.
Aku tak kisah.
Aku dah besar.

p/s : Jarang update blog fully malay. Haha.

No comments:

Post a Comment