Monday, September 28, 2015

Mission.

Aku ada satu misi yang mempunyai dua cara penyelesaian.

Misi aku ;
Mencari kembali "hati" yang kononnya
Wujud, tapi tak dirasai kewujudannya.
Bermakna, tapi tak diketahui fungsinya.

Hati. Hahaha
Aku sendiri nak gelak.
"Bukan setakat remuk, macam dah hancur"

Hancur pun hancurlah,
Asalkan aku boleh cari cebisan-cebisan yang ada
Dan cuba untuk repair.

Tetapi... Apakan daya...
Sedangkan handphone pecah skrin pun sampai RM380 kena bayar
Kalau hati yang orang kata "priceless" tu macam mana nak letak harga?

Aku mungkin akan cari cebisan tu
Kat tempat yang aku rasa
Kali terakhir "hati" aku tu diremukkan.
Kalau aku tak jumpa jugak... Erm...

Sebab tu ada dua jalan penyelesaian.
Dua2 sedih,
Tapi salah satunya
Bakal memudahkan ramai pihak selepas ni.

p/s : Hati? Perasaan? Sayang? Cinta? Layak ke untuk aku yang perangai macam ni?

No comments:

Post a Comment